Wednesday, June 6, 2012

DOA BUAT HATI YANG TERLUKA

Ya Allah,
Bilamana aku masih mengingati si dia yang bukan milikku,
maka, bantulah aku untuk aku melupakan dirinya..

Andai ada kenangan antara kami yang mengikat diri,
maka lupuskanlah ia dari ingatanku..

Biarkan aku jauh dari dirinya,
dan ikatlah diriku ini untuk terus setia dengan kasihMu..

Hilangkan bayangan dia dari mindaku ini Ya Allah,
dan payungilah aku dengan rahmatMu,

Perindahkanlah lisanku ini untuk terus berzikir
menyebut asma' Mu..
agar aku sentiasa selamat dengan CINTAMU..
Ameen ya Rabbal Alamin..

Tuesday, June 5, 2012

Setiap manusia pasti akan di ujI...............

Setiap manusia pasti akan di uji.. Namun ada yang di uji dengan musibah dan ada yang di uji dengan kenikmatan..
Adakala bila diuji dengan musibah kita baru akan teringat pada-Nya dan mendekatinya. Dan bila diuji dengan kenikmatan kita malah semakin jauh dari-Nya. Kita terlena dan terlupa mensyukuri akan karunia-Nya..

~~> Maka, marilah senantiasa mengingat-Nya. Entah disaat lapang maupun sempit.. Di saat susah maupun senang.. ^_^

MAWAR....

‎..apabila memandang mawar, janganlah mata hanya tertumpu pada durinya sahaja..lihatlah keindahan kelompak, warna dan daun..kemudian perhatilah bagaimanakah duri itu berfungsi..gabungan itu melahirkan keindahan yang luar biasa..penuh makna..penuh ertinya..

‎~ 4 Tangisan Ibu yang mesti kita syukuri~

‎~ 4 Tangisan Ibu yang mesti kita syukuri~

Ibu menangis dalam 4 keadaan

1-Ibu menangiskan kerana takut mati dan tidak sempat memelihara anaknya sepanjang hayat.

2- Ibu menangis disaat melahirkan anak kerana tidak dapat mendengar tangisan anaknya.

3-Ibu menangis gembira semasa berjaya mengeluarkan bayi dari kandungan ( Dengan Izin Allah SWT ).

4-Ibu menangis gembira semasa meminta untuk melihat bayi yang dilahirkannya dan menyusunya.

~~> Alhamdulillah...syukur...TERIMA KASIH IBU...♥

KADANG-KADANG............

Terkadang
Kita terlalu meminta itu dan ini
Kita juga mengharap akan jadi begitu dan begini
Sehingga kita terlupa untuk mensyukuri apa yang telah sedia ada
Seolah-olah apa yang kita miliki adalah kewajipan DIA memberi
Sehinggalah saat Allah menarik nikmatNYA kembali
Barulah kita menyedari, betapa kita harus sentiasa mensyukuri setiap apa yang kita miliki dan apa yang tidak kita miliki
Kerana DIA lebih mengetauhi keperluan dari kemahuan kita sendiri

BERJALAN TANPA HENTI..


teruslah berjalan
walau ujian diberi
ALLAH Maha Mengetahui..

teruslah berjalan tanpa henti
mengharap redha Ilahi
Dan sentiasa ingat untuk Senyum walaupun dirimu disakiti.~

7 ROMBONGAN IBLIS LAKNATULLAH!

7 ROMBONGAN IBLIS LAKNATULLAH!

Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang maka lebih hebat dan tinggilah pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu yang paling dahsyat adalah sewaktu sakaratul maut. Ketika ini syaitan tidak lagi datang untuk menggoda kita untuk membuat maksiat. Tetapi matlamatnya lebih hebat. Impiannya lebih tinggi daripada gunung Fuji malah mengalahkan gunung Everest. Mungkin juga lebih tinggi daripada langit. Tujuan syaitan kali ini adalah untuk menukar akidah kita.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

"Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan ketika saat maut."

Iblis yang ditugaskan untuk mengganggu manusia ketika Sakaratul Maut disusun menjadi 7 golongan..

Rombongan 1
Datang Iblis dengan pelbagai rupa seperti emas, perak, makanan dan minuman yang lazat. Jika orang yang dalam Sakaratul Maut itu sewaktu hidupnya sangat tamak dan haloba kepada barang-barang tersebut, maka akan disogokkan segala keperluan itu sehingga nyawanya terputus daripada tubuh. Inilah keadaan mati yang lalai dan lupa kepada Allah S.W.T (kematian munafik dan fasiq). Golongan yang gemar memasak jangan takut pula, semuanya bergantung kepada amal kita di dunia ini.

Rombongan 2
Datang Iblis kepada orang yang sedang dalam Sakaratul Maut itu menyerupai binatang yang paling ditakuti manusia seperti ular, singa, harimau, naga, dinosaur, buaya, kala jengking yang berbisa. Maka orang itu akan meraung sekuat hati. Saat itu terputuslah nyawa daripada badannya.

Rombongan 3
Datang Iblis Laknatullah yang menyerupai binatang yang amat diminati oleh bakal si mati. Jika dia berminat kepada burung, maka syaitan akan menjelma menjadi burung tersebut. Apabila tangan orang yang hendak mati itu ingin memegang binatang kesayangannya itu, matilah dia dalam keadaan lalai dan lupa terhadap Allah. Maka nerakalah tempat pengakhirannya. Bagi peminat kucing, jangan risau..yang penting kita teguhkan akidah kita kepada Allah. Jangan kita membenci pula kepada binatang ini kerana yang menentukan sama ada kita tergoda atau tidak kepada godaan syaitan ini adalah iman kita kepada Allah.

Rombongan 4
Datang Iblis dalam bentuk manusia yang paling dibenci oleh bakal si mati. Maka si mati itu akan berusahalah untuk menggerakkan tubuhnya bagi melakukan sesuatu kepada orang yang dibencinya itu. Kemudian sewaktu itulah maut datang dan matilah dia dalam keadaan fasiq dan munafiq.

Rombongan 5
Datang pula Iblis menyerupai orang yang kita sayang. Contohnya ayah, ibu, nenek, atuk, adik, kakak, isteri dan sanak saudara. Iblis menjelmakan diri mereka menjadi orang yang kita sayang dan membawakan kita air. Sedangkan ketika itu kita sangat dahaga. Maka berkatalah Iblis,

'Wahai anakku, inilah sahaja minuman yang kami bawakan kepadamu dan berjanjilah engkau akan menuruti kami. Engkau akan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.'

Maka jika dia sudi mengikut pelawaan itu tanpa berfikir panjang lagi. Ketika waktu itulah dia mati dalam kekafiran yang nyata.

Rombongan 6
Iblis akan datang menjelmakan diri menjadi ulama' yang membawa banyak kitab. Dia cuba meragukan kita tentang Zat Allah serta memberi ceramah yang mengelirukan. Maka kita pun akan ragu-ragu tentang kewujudan Allah dan akidah kita selama ini. Dalam keraguan itu, Malaikat Izrail pun datang mencabut nyawanya. Maka matilah dia dalam kekafiran dan kekallah dia dalam neraka. Terhapuslah segala amalan baiknya ketika di dunia dahulu.

Rombongan 7
Rombongan terakhir Iblis adalah yang paling hebat. Rombongan ini terdiri daripada 72 barisan ( sama seperti sabda Rasulullah S.A.W bahawa umat Islam akan terbahagi kepada 73 barisan dan satu sahaja yang masuk syurga serta selainnya masuk neraka. Mereka yang masuk syurga ialah mereka yang berpegang kepada al Quran dan Sunnah ( Ahli Sunnah Wal Jamaah ).Ketahuilah sesungguhnya Iblis Laknatullah akan menggoda manusia dengan 72 macam godaan. Setiap satunya berlainan.

Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia itu kalimah ' La ilaaha illAllah' untuk menyelamatkan dirinya daripada golongan Iblis yang sedaya upaya mahu menyesatkan umat manusia. Bersesuaian dengan sebuah hadis yang bermaksud,

"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu :

La ilaaha illAllah"
P/S~~> Semoga kita sentiasa terpelihara daripada godaan syaitan laknatullah...

MENCARI DAMAI D HATI....................

Di saat TIDAK ADA SEORANG PUN yang boleh kamu percaya untuk mendengar isi hatimu..
Di saat tidak ada yang mampu MENGHILANGKAN gelisah di hatimu..
Di saat bibirmu TIDAK MAMPU mengeluarkan kata-kata..

~~> Maka, BERBICARALAH DALAM SUJUDMU..berceritalah padaNya, Allah yang akan menjadi PENDENGAR YANG SETIA untukmu..

Mengapa pendidikan awal penting?

Mengapa pendidikan awal penting? 

Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anak-anak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!

P/S ~~> Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu… ukiran jenis apakah yang akan kita tinggalkan?

... NASIHAT KUBUR.....

<^_^> :::: NASIHAT KUBUR.....

Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan " SOLAT TAHJUD"

Aku adalah adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku denagn tali "SILATUL-RAHIM"

Aku adalah tempat yang paling sepi, maka riuhkanlah aku dengan membaca "AL-QURAN"

Aku adalah tempatnya binatang yang menjijikkan, maka racunilah aku dengan''AMAL SEDEKAH"

Aku menyempitmu hingga hancur, bebaskan kesempitan itu dengan ''BERSOLAT"

Aku tempat merendam kamu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan "BERPUASA"

Aku adalah tempat "Mungkar & Nangkir" bertanya, bersiaplah denagn perbanyakknlah ucapan 'LAILA HA ILLALLAH"

SETIAP 4 PERKARA..

‎1. Empat perkara yg membuat badan sakit :
- Banyak bercakap
- Banyak tidur
- banyak makan
- banyak bertemu orang

2. Empat perkara yg merosak tubuh badan :
- Khuatir / cemas
- Sedih
- Lapar
- Tidur lewat malam

3. Empat perkara yg menjadikan kemurungan dan kesedihan :
- Berbohong
- Kurang ajar atau tidak hormat
- Berdebat tanpa pengetahuan atau informasi yg memadai
- Melakukan perkara tidak moral atau melakukan sesuatu tanpa rasa takut

4. Empat perkara yg membuatkan wajah berseri dan bahagia :
- Soleh
- Kesetiaan
- Amal Jariah
- Menolong sesama dg ikhlas tanpa diminta balasan

5. Empat perkara yg memberhentikan rezeki :
- Tidur di pagi hari dari solat subuh hingga matahari bersinar
- Tidak solat/berdoa secara teratur
- Malas
- Pengkhianatan atau tidak jujur

6. Empat perkara yg membawa Rezeki :
- Berdoa di malam hari
- Taubat
- Beramal
- Berzikir

mencari keredhaan ILLAHI

Tidak cantik, tidak hensem..
Tidak apa, TIDAK BERDOSA..
Yang MENJADI DOSA adalah orang yang SELALU MENGUMPAT tentang betapa tidak cantik dan tidak hensemnya orang lain..
Hati-hatilah dalam menilai manusia..

Kerana Yang Esa TIDAK PERNAH LUPA MENILAI DIRIMU..
Malaikat juga TIDAK JEMU MENCATAT perbuatan dan tutur katamu..

Carilah REDHA Allah melalui KECANTIKAN DAN KEHENSEMAN dari dalaman iaitu HATI.

sekuat mana pun.......???


BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya.

API itu kuat, tapi AIR mampu
memadamkannya.

AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya.

AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu
menolaknya.

ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu
menghalanginya.

BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu
menarahkannya.

MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu
menundukkannya.

NAFSU itu kuat, tapi IMAN mampu
mengalahkannya.

Tapi bila IMAN KUAT, TIADA APA YANG MAMPU
MENGALAHKAN NYA.

~~> "Ya Allah, kuatkanlah IMAN kami walau
dimana saja kami berada"

Monday, June 4, 2012

sebuah cerita,,

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah).

KENAPA WANITA ISLAM MENUTUP AURAT???

KENAPA WANITA ISLAM MENUTUP AURAT???

seorang Lelaki Kristian Bertanya Kepada Seorang Lelaki Muslim..

Lelaki kristian : Kenapa wanita agama kamu menutup aurat?

Lelaki muslim tersenyum sambil mengeluarkn 2 biji gula² di dlm koceknye, Lalu salah satu darinya dibukakan bungkusannya..kemudian dia meletakkan kedua gula² itu ke atas lantai..lalu bertanya kepada lelaki kristian “Antara kedua-duanya mana satu yg kamu akan pilih?”

Lelaki kristian : Sudah tentulah yang masih dalam bungkusan

Lelaki muslim : Begitulah kami melihat dan menghormati kaum wanita agar mereka lebih terpelihara dan istimewa..

7 sebab CINTA tak dihargai…

Aduh...mmg pedih hati, kalau cinta yg disemai suci dlm hati yg luhur. Tidak dihargai insan yg kita sayangi. Mmg agak sukar menerima keadaan tsebut. Oleh itu, kita harus ketahui apakah sbb cinta kita tk dihargai.

~~>  antara 7 sebab CINTA tak diharga ialah...i…

1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih.

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham kamu juga laku.. Adalah ‘point’ kamu untuk berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!”, pada teman-teman…

7) BERPURA-PURA..
Berpura-pura menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia untuk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yang kacak/jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan kamu dengan dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura-pura menerima si dia… HIPOKRIT!!…

tentang wanita..

SEKUAT mana seorang WANITA cuba menghadapi DUGAAN..
SETABAH mana seorang wanita cuba melalui UJIAN..
SETENANG mana seorang wanita cuba MENYEMBUNYIKAN KESEDIHAN..

Adakalanya, AIR MATA akan tetap JATUH BERGUGURAN di pipi walau dalam SENYUMAN, lumrah wanita penuh KASIH SAYANG dan KELEMBUTAN, mudah terguris dan terhiris, hati halusnya menguatkan SEMANGAT dalam diri dan hanya LELAKI SEJATI sahaja yang mampu menjadi PENAWAR buat dirinya...

sahabat...

❝ MAAFKANLAH DIRIKU INI,
BUKAN NIATKU MENYOMBONGKAN DIRI,
TAPI AKU BIMBANG ROSAKNYA HATI,
AKU HARAP DIRIMU MENGERTI,
DUHAI SAHABAT YANG AKU KASIHI. ❞

Sunday, June 3, 2012

betul tak??? selalu sangat macam ni kan..kan..kannnnn???

Photo: Share dengan seseorang =)

nice quote

Kelmarin memberikan pengalaman dalam setiap inci langkah kita, 
semalam adalah teladan serta pengajarannya...
dan untuk menghadapi hari esok,
 jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah penghidupan.....

=)

Lamenye x mencoret sesuatu kt cni...maklum la..cuti sem kn sbln..rhat hbis2an la aQue..
sj bermalas-malasan kt umh..jmpe kengkawan..jalan2...tp ble da dkat2 nk hbs cti..demam plak melanda..melarat smpai ke hari ni..seksanye rasa,,hanya tuhan sj yg tw cmne yg aQue rasa..tp aQue ttp kuatkan semangat,,dugaan dr DIA..mgkin ad hikmah jga kot dsbalik semua ni..agaknyelaaa..huhuuu..


haha..cmnie la sentiasa...betul x??

Photo: Hahahahaha

ermmm,,,betul ke kata2 nie ek..??

Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..
Bila dia pergi, pergilah kejari selagi merasa dia bererti
Kerana bila dia tiada di sisi, kamu akan sunyi dan sepi...!!

saat ini.....

‎~~> AQue Tetap T E R T A W A Walau Sebenarnya aQue Ingin M E N A N G I S
~~>AQue Tetap T E R S E N Y U M Walau aQue Sebenarnya K E C E W A
~~>AQue Tetap K U A T Walau aQue Sebenarnya S U D A H X S A N G G U P Lagi
~~>AQue Tetap S E M A N G A T Walau aQue Sebenarnya T E R T E K A N
~~>Dan Yang TERPENTING aQue Tetap S A B A R Dan MEMANDANG SEMUANYA BAIK Walau HATIKU L E M A H Dan SEDANG S A K I T(^_^)~~





p/s ~~> mud = kucar bara..
     ~~> be strong..!! yeahhh..!!